WALAUPUN industri insurans dan takaful telah lama bertapak di negara ini namun masih ramai penduduk negara ini yang masih tidak dilindungi dengan kemudahan itu. Malah ramai yang beranggapan insurans adalah sesuatu menyusahkan dengan kerenah birokrasi dan pelbagai proses yang terpaksa dilalui sebelum sebarang tuntutan dapat dibuat.
Menyedari hakikat itu, Etiqa Insurans dan Takaful Bhd. (Etiqa) meletakkan misi untuk mengubah persepsi tersebut dan menjadikan syarikat itu berbeza daripada syarikat-syarikat insurans lain.
Kalau kita tengok sejarah, langkah membantu atau menolong insan lain telah dimulakan dengan ‘khairat kematian’ di mana penduduk kampung mengumpul wang bersama untuk membantu keluarga menguruskan jenazah ahli keluarga mereka, tanpa perlu banyak proses yang dilalui. Bagi Etiqa kami ingin mengambil pendekatan tersebut. Tujuan insurans adalah memudahkan insan.
Antara satu hingga sepuluh. Tahap kesedaran orang ramai masih lagi berada pada paras nombor tiga. Kaji selidik yang dilakukan sebelum ini melibatkan pelbagai bangsa dan tanggapan orang ramai terhadap integriti syarikat insurans masih rendah.